Sebab?
Gua sangat marah.
Bila marah, kena luahkan. Kalau tak, makan dalam beb!
Dah seminggu streamyx gua tak boleh guna. DSL signal asyik blinking aje. Signal Ethernet & Internet langsung tak ada. Gua syak yang gua terlupa bayar bil. Gua cuba selak longgokkan surat tepi pc. Semua bil dah settled. Tak ada yang tinggal. Selalunya kalau DSL blinking, mesti gua lupa bayar bil. Tapi bil terbaru ni gua dah bayar on time.
Gua syak mesti lightning. Mesti jahanam modem. Nipis laa poket gua. Tapi gua ada DSL filter. Boleh sambar lightning lagi ke? Automatic voltage regulator tu pun masih berfungsi. Gua cuba check segala macam wayar yang berserabut, semuanya ok aje.
Geramnya! Gua mana boleh hidup tanpa internet. Biar tak ada handphone, tapi jangan tak ada internet. Gua rasa hidup macam kat zaman batu.
Ek eleh... berlagak je. Dulu zaman internet belum wujud, boleh je hidup tanpa internet.
Gua dialed 100. Tanya bil tertunggak. Si Penjawab Panggilan kata tak ada bil tertunggak. Kiranya gua ni pelanggan yang baik laa. Hahaha... susah nak cari orang yang bayar bil on time macam gua ni tau.
Bila gua tanya bahagian teknikal, dia minta gua buat troubleshoot dari rumah. Dia kasi ajar sama gua. Dia ajar sebiji sebutir. Kalau orang tak paham bahasa pun kompem boleh masuk kepala apa yang dia ajarkan. Dia patut jadi cikgu ajar programmer laa.
Lepas berpeluh ketiak buat itu ini, akhirnya dia kata frequence internet line gua yang problem. Dia akan hantar orang datang rumah untuk check modem dan frequence sebab line not stable.
Hok alah??!! Tetiba je gua rasa gua ada penyakit darah tinggi. Selama ni gua guna line internet yang tak stabil. Patut laa lepas setengah jam internet gua mesti putus. Kena laa gua off modem dan on semula lepas beberapa minit untuk dapatkan line semula. Hampeh je!
Kenapa gua marah?
Sebab gua bayar mahal tiap-tiap bulan untuk perkhidmatan line yang tak stabil selama ni.
p/s - malam ni dapat line walaupun signal asyik blinking. Ngam-ngam sui untuk komplen kat sini. Hahaha... macam laa orang TM baca. Gua tak kisah. Janji sudah lepaskan geram. Kalau tidak makan dalam kan?
Apa gua melalut ni?
Ini namanya lepas gian dengan blog yang nak ditutup tapi tak tutup-tutup lagi. Sebenarnya mata gua kena penangan nescafe 2 cawan. Sudah jam 3 pun masih tak mau tidur. Adalah lebih baik godeh modem ni sendiri daripada tunggu orang datang baiki frequence yang gua sendiri pun tak paham apa ke bendanya tu.
Gua berangan dan perasan nak tukar service internet kat rumah kepada WiMax. Memang berangan Mat Jenin je. Sekali "no coverage for this area" laa! Mimpi saje yang lebih.
2 comments:
lame ko tak menulis..ape seru ko dapat untuk menulis ni
seru nak hentam orang la!
internet line gua problem beb! gua rasa nak hempas jer modem gua tu. tension giler.
Post a Comment