Sunday, September 27

Welcome Back


Saya bukanlah membuka semula blog ini. Cuma kadang-kala saya perlu coretkan sesuatu sebagai sejarah. Sejarah? Taklah. Saya mengarut. Sila abaikan. Tangan kekadang gatal nak menaip sesuatu di sini. Hey... inikan blog sendiri. Kononnya lah kan!
.
Saya bukanlah menghentak modem & membungkus terus PC di rumah ni (saya kan punya masalah dengan streamyx yang sangatlah menyakitkan hati). Di bulan yang mulia ini, saya telah membuat amal jariah bila saya mengambil keputusan untuk menyedekahkan PC milik saya kepada adik yang dah sekian lama memujuk supaya diberikan sebuah PC. OK, mood saya sangat baik sejak dua menjak ni. segala macam barang telah bertukar milik. Bilik telah saya kosongkan untuk kemasukan barang baru. Tahun ini saya beraya dengan bilik yang berwajah baru. Serba baru. Macam orang kaya-raya saja bunyinya kan? Tak. Saya telah terpaksa rela buat begitu. Hahaha...
.
Dan saya sebenarnya tak mahu terlalu terdedah dengan penyiasat. Hahaha...
.
Saya rasa sangat janggal menggunakan "saya" di blog sendiri. Cet... sekali lagi saya telah terpaksa rela. Saya diminta supaya bersopan-santun, berlemah-lembut, jalan berlenggang-lenggok dan bercakap dengan volume yang rendah. Macam gadis ayu zaman dahulu kala. Aiyooo... sangat seksa! Saya rasa sangat hipokrit!
.
Apa kata kita tukar channel? OK, ini blog sendiri kan? Suka hati gua lah.
.
Orang kata hidup perlukan perubahan. Gua akui itu. Tapi kekadang gua rasa gua belum bersedia untuk mulakan perubahan. Kawan gua kata sebenarnya gua dah banyak berubah. Erkk.. ye ke? tak perasan pun. Mestilah tak perasan sebab orang lain adalah cermin kepada diri kita. Orang lain yang nampak sikap kita, bukan kita sendiri. Entah. No Comment.
.
Gua akan cuba menyesuaikan diri dengan perubahan. Langkah pertama ialah...
.
Errr... bukan ke gua dah mulakan pada tahun lepas? Itu perubahan paling besar bila gua merubah bidang setelah 10 tahun sebati dengannya. Itu ialah perubahan 360 darjah!
.
Ermm... betul lah kita memang tak perasan perubahan yang kita buat.
.
Malam ni internet line gua sangat mesra alam. Tapi gatal tangan gua untuk menaip tak berapa nak gatal. Maksudnya, gua malas!
.
.
.

p/s -

Kanda - Jutaan terima kasih atas pertolongan yang tak mungkin berbalas.
Syadni - Gua rasa nak nangis tengok lu datang. Thanks.
Tipah - Lu punya gua simpan untuk guna pada next episod laa.
Daia - Naga tu besar betul. Thanks. Kirim salam kat Angah. Hahaha...
Penguin - Happy Birthday! 143 thanks

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sory hari tu tak dapt dtg ke rumah rina.. kami hantar anak ke jasin, dah tu lewat sampai lak.. anyway thank jemput kami.. ingat juga kat ustaz dia, he he..

blog ni idupkan ler. sy dah follow yg ni, yg lain tak tau lah pula; kalau dia simpan senyap2.

Rina said...

hehehhe... takpe ustaz, family 1st.
TQ.