Ini pulak peta penempatan 'alien' di dalam kepala gua
.
.
Tulisan 'alien' yang baru dipelajari
.
.
Satu biji butir pun gua tak boleh baca tulisan ni
.
.
Gua rasa tulisan adik gua lagi cantik dari tulisan 'alien' gua ni. At least tulisan adik gua masih boleh dibaca.
.
.
Pernah tonton cerita "Alien"? Kalau cerita pasal UFO mesti laa tau apa binatang alien tu.
.
Minggu lepas gua belajar tulisan alien di kelas En. Amin. Yang best nya, gua haram tak reti baca bila geng kelas suruh translate apa yang gua tulis. Kalau En. Amin tau gua salin nota dia guna tulisan alien, mesti dia hentam kepala gua.
.
Gua mengantuk tahap gaban masa kelas En. Amin sebab gua tak tidur langsung sejak hari Khamis. Hari Khamis gua tidur selewat jam 4 pagi. Jumaat pulak, sepanjang malam tak tidur kerana rombak semula presentation slide untuk kelas Pn. Zana. Masalah gua ialah gua selalu kurang puas hati terhadap slide yang dah dibuat awal-awal. Terpaksa laa rombak sehingga puas hati untuk diri sendiri dan ahli kumpulan yang lain.
.
Bila gua selesai saja mencantikan slide tu, ngam-ngam masjid depan rumah laungkan azan. Gua kejutkan Daia & Diana untuk Suboh dan kata nak pergi kelas awal. Memang kami sampai awal gila. Pukul 7:15 dah ada dalam kelas. Masa tu still cergas lagi.
.
Gambar di hari kejadian tak snap pun. Sekarang gua punya minat terhadap gambar sangat kurang. Dah tak macam dulu. Jadi, tiada gambar presentation pada semester ini. Gambar berbaju kurung kain batik Sarawak dengan ahli kumpulan pun tak ada. Sedih!
.
Hujung minggu ni gua terpaksa pinjam nota Daia untuk buat semula nota mind map kelas En. Amin minggu lepas. Serius, gua memang tak boleh baca langsung mind map yang gua salin tu.
.
Yang herannya tu, gua still maintain menyalin nota. Tangan pegang pen & kertas dan beria-ria salin semua yang ada kat white board. Satu perkataan pun tak tinggal. Pada hal, mata dah separuh katup. Minda dah terbang jauh cari bantal. Kepala tersenggut-senggut. Alien telah mula menguasai mendulla oblongata gua. Maka terlahir laa tulisan alien yang sinonim dengan tulisan doktor pakar hospital kerajaan dalam nota gua.
.
Moralnya, kita perlukan tidur yang cukup untuk otak yang sihat. Kalau tak cukup tidur, otak dan minda letih. Alien pun senang menyerang kepala. Hahaha...
Daia,
Kawan yang baik ialah kawan yang sudi bagi pinjam nota kat kawan sekufu. Tapi bukan kawan yang pentingkan diri sendiri, yang selalu ambil kesempatan kat kita aja. Kiranya, akak ni kategori kawan sekufu laa. Pinjam nota ye? Wakakaka...
4 comments:
keh keh keh.. tu la... wat pe la tak ready betul2
ustaz,
lawa tak tulisan sy? hahaha...
sy semakin malas bljr laa ustaz. buruk perangai btul.
Salam rina,
memang betul lah u punya mind mapping tu. perlu ada kreativiti dan sepatutnya hanya u je yang faham... err.. tapi, kalu u pun tak faham, tak tau le map planet mana tuh...
hehehe.. presentation dah semakin maju dari dulu. Bagus2, cuma kena kurangkan takut-takut jer masa didepan kelas. Tapi, kalau sakit perut tuh, normal lah... Kami pun kadang-kadang sakit perut gak.
Good luck in your final.. Ingat, jawab... jangan tinggalkan kosong.
salam puan zana,
hahaha... tak senonoh je rasa nak terberak masa buat presentation kan? dah byk kali present pun masa rasa takut2 gak.
thanks puan.
luv u...
Post a Comment