Sunday, December 27

Hari Lahir di Langkawi

19 Dec 2009, akhirnya saya menjejak kaki di Langkawi. Tempat yang saya teringin nak pergi tapi tak pergi-pergi lagi. Tiap kali plan nak ke sana, mesti tak jadi. Dan saya telah berada di Langkawi pada hari lahir saya pada tahun ini. Yang paling best, Penguins temankan saya.

Ada orang tanya, seronok tak dapat sambut hari jadi di Langkawi? Wish list tu dah boleh potong. Saya kata seronok sangat. Tapi lagi seronok kalau dapat naik Cable Car Langkawi tu. Ayat last ni saya tak cakap laa. Nanti dia kata saya gila pulak.

Sehari sebelum hari lahir, saya diserang demam. Tak suka! Badan dah mula panas. Colleague saya kata buat spoil mood aje. Huwaaaaa... demam laa minggu depan ke, minggu satu lagi ke, kenapa demam hari ni? Esok nak pijak Langkawi.

Penguins kasi 2 biji panadol besar gedagak suruh saya telan. Saya mintak Cortal atau panadol kanak-kanak warna pink. Dia kata telan aje. Saya genggam panadol sampai Arau, Perlis. Ubat macam itu punya besar macam mana mau telan? Biasanya saya kunyah Cortal atau panadol pink tu saje. Tak kan laa saya nak kunyah panadol besar yang pahit tu? No way!

Saya ada masalah menelan ubat. Tiap kali ubat pil besar-besar yang saya telan akan tersangkut di tekak dan saya akan mula tersedak sampai keluar air mata. Akhirnya ubat itu saya buang saje. Saya bukan takut makan ubat cuma susah mau telan saje. Hehehe...

Colleague saya kasi potong kecil panadol yang besar gedagak itu jadi 4 bahagian. Saya dah bising sebab jumlah ubat yang perlu saya telan jadi banyak walaupun saiznya mengecil. Mereka beri kata dua, samada telan panadol itu atau tinggal di Arau.

Pilihan yang saya ambil membuatkan saya lalok sepanjang perjalanan. Walaupun hanya 2 biji panadol, itu sudah cukup buat saya bermimpi indah tanpa hiraukan orang lain dalam bas. Tidur nyenyak. Saya tak pasti samada saya berdengkur atau tidak. Hehehe... Orang lalok ubat berdengkur tak?

Tibanya di Langkawi, saya sangat sihat. Suka-ria bersama colleagues dan bodyguard yang menemani saya sepanjang saya berada di Utara.

Ada orang belanja makan ikan bakar sempena hari lahir saya. Makan 4 orang tapi makanan penuh satu meja. Macam dah 4 hari tak makan gamaknya. Kesian Penguins, tiap kali makan dengan saya, dia kena habiskan makanan saya. Hehehe... dia kata, dia dah biasa dengan situasi macam tu. Kahkahkah... Bagus! Bagus! Sungguh memahami.

p/s - Blogger buat hal. Tak boleh upload gambar - Benci betul.
Sudah 5 hari demam tak kebah lepas balik dari Utara - Tak suka.
Line streamyx slow sebab hari cuti ramai orang online - Nyampah.

6 comments:

qaisarahanina said...

bestnya g langkawi...tak beli pepe pun kat kite.anyway hepy belated besday yg ke baper ni....huhu moga success selalu n cepat kawin...ahaks

Rina said...

Fiza,

tq. gi sana jln2 mmg syok, yg tak syok ialah rambang mata. semua benda nak beli tp kocek kempis. hehehe...

yg ke berapa? jari dah tak cukup nak kira.

kawen? errrr... la la la la :)

Maria Hadiey said...

kwang...kwang..kakakku dah makin membesar dah..hehe..penguin?who's that? kesian orang tu..penguin ko panggil dia..anyway, hepi belated birthday.

Rina said...

hahaha... mmg makin besar pun. bdn naik bagai di pam. hati senang.

hey... happy belated bday utk ko gak. 26/12 kan? tsunami. gua lupa laa.

Maria Hadiey said...

yer la..birth aku ko lupa skrg...aku msj pun jarang2 ko jawab skrng....almaklum la...dah de abg taf...haha..kalau x 2 or 3 pagi ko kacau aku tidur kan...isy..isy..

Rina said...

cet!! ko pun lupa bday aku kan?
mlm ni aku kacau ko tdo la.nak?