3 hari lepas gua baru bertekad tak akan memaki hamun ketika memandu kereta. Maksudnya memandu secara berhemah laa. Tapi tengahari Isnin lepas gua telah kuburkan tekad gua itu.
Gua telah menggunakan kata-kata kesat terhadap pemandu Pesona warna purple yang dalam perkiraan gua dia sangat bodoh. Bawak kereta besar tapi punya otak kecik. Bawak kereta macam orang bangang!
Gua bengang tahap gaban pada pemandu bangang tu!
Kalau gua tak elak dia, gerenti Si Comel gua ranap.
Gua sangat pasti Pesona bangang tu tak tengok kiri masa dia keluar simpang Kg Jawa. Gua yang berada di jalan besar terpaksa mengelakkan kereta bodoh dia tu bila dia dengan yakinnya keluar simpang walaupun dia nampak kereta gua sedang melalui jalan besar depan kereta dia. Tak ke c*laka punya orang tu?
Yang buat gua lagi angin ialah gua mengelak ke kiri secara spontan tanpa tengok cermin belakang dan cermin sisi kiri. Jika ketika itu ada kereta di belakang atau kiri gua, gerenti gua sudah hentam kereta orang pulak. Elok-elok nak elakkan Pesona bodoh tu, gua pulak yang hentam kereta orang.
Yang buat gua lagi bengang ialah gua bawak perempuan mengandung 6 bulan dalam kereta gua. Kalau jadi apa-apa pada perempuan itu, siapa nak bertanggungjawab? Memang si*l punya Pesona.
Selepas mengelakkan Pesona bodoh tu, gua memandu dan memandang ke belakang sekilas dan tunjukan tangan pada pemanadu Pesona. Gua bukan tunjuk isyarat lucah. Tak. Gua bukan orang macam itu. Walaupun gua kasar, tapi gua masih punya adab. Gua cuma isyarat 'pirah' kat dia. Masa tu mulut gua sudah keluar semua kata-kata yang sepatutnya keluar untuk orang bodoh macam Si Pesona itu.
.
Perempuan mengandung yang gua bawak cuma diam membisu. Gua rasa dia terkejut sangat. Bukan terkejut sebab gua memaki hamun, tapi terkejut sebab dia sedang menikmati aiskrim perisa oren dan dengan tiba-tiba ada tarikan graviti ke kiri secara mengejut membuatkan dia tersentak ke kiri.
Perempuan mengandung yang gua bawak cuma diam membisu. Gua rasa dia terkejut sangat. Bukan terkejut sebab gua memaki hamun, tapi terkejut sebab dia sedang menikmati aiskrim perisa oren dan dengan tiba-tiba ada tarikan graviti ke kiri secara mengejut membuatkan dia tersentak ke kiri.
Sekandang 'Ba Alif Ba Ya' telah gua hamunkan pada Pesona bodoh tu. Gua geram betul dengan pemandu bangang macam ini. Lepas apa yang berlaku, muka dia selamba aja. Bawak kereta macam orang tongong. Dia ingat jalan tu ada share atok dia agaknya. Dan dia parking di Bandar Utama.
Yang buat gua lagi tak tahan, dia masuk spa beb! Lepas lu nak langgar orang, boleh pulak lu pergi spa? Perghh... memang hati melaun betul Pesona tu. Gua rasa dia keturunan lanun laa. Sekandang 'Ba Alif Ba Ya' gua kasi kat dia lagi. Memang kurang ajar punya Pesona.
2 comments:
hehehe... sabar-sabar. tergelak i baca citer u. Tapi, memang ramai org yang memandu mcm Pesona tersebut. Try kat jb nih hah... rasa rindu lak nak drive kat segamat tuh..
hehehe..
sy tak suka drive kat bndr besar. gigil kepala lutut. sgmt lagi best. jln clear aje.
Post a Comment