Sunday, December 13

Tayar

Orang kata, poket kita payah nak simpan duit. Tiap kali poket berisi, ada aja sebab yang menyebabkan duit tu terpaksa keluar.

Semalam ongkos saya terbang melayang-layang masuk kedai tayar. Kereta comel yang saya buat drift setiap pagi tu merengek mintak tayar baru. Penguins kata tayar belakang tu macam goyang.

Respon saya?

"Ye ke? Tak rasa pun bergoyang."

Macam mana nak rasa goyang? Start enjin terus pecut. Bukan nak tunggu enjin panas pun. Jahanam enjin kereta tu.

Minggu lepas masa cuci kereta, saya dah nampak tayar kereta macam dah botak.

Bukan macam lagi tapi memang dah botak licin. Bunga tayar langsung tak ada. Macam mana boleh tak perasan? Sebab saya tak pernah tengok tayar pun.

Lepas pergi kenduri kahwin Siti Bendahari, saya bawak Si Comel ke bengkel adik. Mintak dia tengokkan tayar belakang yang bergoyang tu. Adik saya kata,

"Tak payah tengok pun. Dah patut tukar tayar ni. Dah 5 tahun pakai."

"5 tahun? Ye ke 5 tahun? Kan baru lagi tayar ni?" balas saya.

Tak perasan pun tayar tu saya pakai dah 5 tahun. Adik saya kata saya gila sebab tak reti nak tukar tayar. Main lanyak je.

2 tayar belakang bengkak dan botak. 1 tayar depan sudah nampak benang dan pecah, mungkin sebab langgar batu. 1 lagi tayar depan dah keluar dawai.

Aiyoo... seriusnya! Semua tayar dah nazak dan kritikal tak dapat di selamatkan.

Tokei kedai tayar kata saya judikan nyawa sendiri. Mana ada orang guna tayar sampai 5 tahun. Tambah lagi tayar saya dah expired. Tahun lahir tayar saya ialah tahun 2002. Maksudnya tayar tu dah berusia 7 tahun. Dah keras kematu.

Jalan terbaik dan penyelesaian yang sepatutnya ialah TUKAR TAYAR BARU.

"Saya nak tayar paling bagus, tahan lama, ada kualiti dan MURAH."

"Kalau semua orang pakai kereta macam engkau, aku gerenti kilang tayar bungkus." Kata Tokei tayar.

"Napa pulak?"

Sambil geleng kepala, Tokei kedai tarbiahkan saya secara percuma.

"Mana ada orang guna tayar sampai 5 tahun macam engkau. Biasa orang guna tayar 1 tahun aje. 2 tahun pun dah cukup lama. Inilah first time aku dengar orang guna tayar sampai 5 tahun. Pot.. pet...pot... pet..." Tokei tayar tu membebel. Saya buat pekak telinga aje.

Ye laa... ye laa... Saya tau saya salah. Mana laa saya tau kena tukar tayar selewat-lewatnya 2 tahun sekali ataupun bila tayar sudah botak. Masa saya ambil lesen dulu, tak ada orang bagitahu saya pun kena buat semua tu.

Mulai sekarang saya kena pastikan:-

- Bateri kereta kena check setiap minggu
- Check minyak hitam, minyak break, minyak clutch, minyak gear.
- Tayar kena disilangkan setiap 3 bulan untuk elakkan botak sebelah.
- Check dan isi air dalam tangki air.
- Panaskan enjin kereta sebelum mulakan pemanduan.

Semua benda ni saya tak pernah buat. Semua kasi adik saya pantau. Yang saya buat pada kereta comel tu ialah:-

+ Start enjin, kira 1 sampai 5 dan masuk gear terus jalan. Pengiraan 1 sampai 5 tu kita macam panas enjin laa kot. Boleh pakai ke panas enjin cara macam ni?

- Kalau zaman darurat (dah lambat nak pergi kerja), start enjin dengan terkocoh-kocoh, masuk gear dan terus pecut. Kalau ada peluang, potong semua kereta kat depan. Saya paling bengang kalau ada bulldozer kat depan. Dah laa jalan slow, ambil space jalan yang besar dan susah nak potong dia.
.
.
.
+ Mulai hari ini, saya kena memandu secara berhemah
(saya selalu memaki hamun tapi hanya saya saja yang dengar)
.
+ Kena bawak Si Comel secara perlahan-lahan
(saya selalu bawak laju sebab kereta saya ringan)
.
+ Tak boleh pecut macam Schumacher
(saya hanya memecut bila jam melepasi angka 7:45 pagi)
.
+ Elakkan langgar lubang. Nanti tayar bengkak
(saya tak tau pun. Biasanya memang saya langgar aje lubang-lubang. Tak pernah elak)
.
+ Kena service Si Comel tiap bulan
(amat jarang service sebab rasa tak perlu. hehehe...)
.
.
p/s- 2 biji tayar baru saya keluar dari kilang pada tahun 2009 dan 2 biji lagi pada penghujung 2008. 12/12/09 baru saya guna tayar tu. Emm... agaknya boleh tak guna sampai 2014? Hehehe...

No comments: