Wednesday, January 20

Saya Kena Dajal

Saya telah selamat sampai ke destinasi.

Hari pertama, saya telah didajalkan. Saya rasa seperti mahu jadi Incredible Hulk dan musnahkan tempat ini. Rasa macam batu besar dari plenet asing hempap kepala.

Ada ke patut ada orang cadangkan nama saya untuk jadi Penghulunita! Gua marah betul beb! Tapi tak boleh marah sangat sebab kena jaga keayuan diri. Nanti orang tengok tak cun. Imej mesti mau jaga. Jangan guna kata ganti diri 'gua'. Kedengaran amat ganas.

Yang buat saya bengang gila ialah telah dipaksa rela menang majoriti. Lebih dari separuh dewan pakat dajalkan saya. Mereka sebulat suara pilih saya jadi Penghulunita. Tak ke gila namanya tu?!

Masa itu saya rasa nak bungkus kain baju dan balik rumah mak bapak saya. Ek eleh... macam laa boleh buat macam tu.

Menjadi Penghulunita kepada perkampungan yang asing adalah seperti bidan yang terjun masuk gaung. Ada ke peribahasa macam ini? Ok, sila abaikan.

Saya bukan laa seorang ketua yang baik. Saya sangat kelam kabut. Mak saya kata macam budak tak empuk. Kesian sungguh rakyat jelata di perkampungan ini kerana mendapat ketua tak empuk seperti saya. Hahaha...


p/s - Kak Murni,
Saya geram lagi ni. Akak kena belanja saya.

5 comments:

Maria Hadiey said...

hahaha...padan muka ko...

Anonymous said...

ala jadi penghulunita pun nak tensen apa la. tapi apa apa pun TAHNIAH la ye. heheheeheeee (mcm tak cayo je).

-LILIEMURAKAMEAMANE-

Rina said...

maria,
siut giler bdk2 ni dajalkan aku. blackout pun aku kena handle. plug tv tak nyala pun aku kena settle. uwaaa... nangis beb! mula2 aku pelik, nape lak kena lapor kat aku. aiiseyy... aku lupa yg aku ni telah dipaksa rela jd penghulunita.

lilie murakame amane,
lama nyer kena dok menetap kat sini. gua rindu bantal bucuk gua laa beb.

Maria Hadiey said...

kak rina...haha...cian ko...kat kelas pun dah kena jadi tukang sampai...tukang beli buku...mcm2 tukang lagi...kat induksi pun sama..biasa la..orang berpengalaman..dahulukan warga emas..haha...ok..have a nice one kat sana k...2 weeks la ko x datang
kelas ek...mesti aku bosan giler ....

Rina said...

maria,

haloo... warga emas? ko ni tau ke tak kategori warga emas tu lingkungan umur berapa?

gua muda lg beb. kat sini smua org kata gua muda 7 tahun. 7 TAHUN beb!

gua pun perasan muda jelita gitu.
kahkahkah...