Setelah beberapa bulan bumi tak ditimpa hujan, pagi tadi hujan turun mencurah-curah. Tak sedar pukul berapa hujan mula membasah bumi yang kering kontang. Tapi seingat saya, saya bangun untuk tutup suis kipas. Sejuk sangat beb.
Sejak musim panas awal tahun ni, kipas dan aircond sentiasa berfungsi. Amat jarang ditutup. Tak kira siang malam. Bil letrik pun mencanak naik.
Sesetengah tempat dah kena catuan air. Musim kemarau ni empangan pun hampir kering agaknya. Tapi Segamat yang 'segar amat' ni belum diparas kering kot. At least saya masih boleh menikmati pancuran air sebelum tidur. Macam dah jadi habit pulak. Sebelum tidur saya kena pergi mandi dulu. Kalau tak, sampai ke pagi laa mata tak boleh katup sebab bahang. Orang kata tak elok mandi malam. Nanti kena paru-paru berair. Tapi bahang panas jadikan aktiviti mandi malam sebagai rutin saya.
Hujan pagi ni buat saya ceria. Aik? Hujan pun boleh menceriakan hari saya? Hehehe...
Rasa nyaman pagi sangat syok tau. Amat segar. Nama pun duduk di tempat 'Segar Amat'. Saya lebih suka hujan. Bau tanah yang ditimpa hujan sangat wangi. Bukan wangi yang macam perfume tu. Bukan. Tapi bau wangi yang segar-bugar. Yang buat kita rasa sihat dan cerdas.
Oleh kerana pagi ini hujan, jadi saya rasa '2S2C' - sangat sihat, segar, ceria dan cantik. Cantik? (cett... perasan laa sangat tu. Jangan segan-segan untuk muntah hijau)
Disebabkan saya 2S2C, saya tak kisah pun 2 liter air tumpah dalam kereta comel saya. Alas karpet tempat duduk penumpang dah banjir. Walaupun geram yang sangat-sangat tapi saya happy.

No comments:
Post a Comment