Tuesday, February 9

Kursus 1/2 Bulan

Genap 1/2 bulan saya berkursus. Konon-konon dah jadi pemastautin utara. Ceh... perasan! Kursus ini tidak menjadikan saya kurus. Kenaikan yang melambung tinggi terhadap kilo telah menjadikan saya seperti ayam daging.
.
Antara memori indah saya bersama kawan-kawan yang tak saya kenali. Dalam tempoh setengah bulan, kami dah kamcing. Ye laa... macam mana tak kamcing? Kami berkampung setengah bulan bersama dan tak jumpa orang lain.
.
.
.

Ini ialah model Menara Impian group saya, EDC Tower. Menara yang perlu dibina dari straw. Sangat seksa nak buat menara straw ni.
.
.
.
Group saya yang gila-gila. Semua pun kepala sewel macam saya.
.
.
.

'Public Speaking Presentation' saya yang kelam kabut. Planning awal untuk menggunakan ibu-ibu mengandung tak jadi sebab ibu-ibu tersebut telah dajalkan saya. Mereka cabut lari ketika presentation saya. Tapi nasib baik saya bijak mengawal gabra. Tak laa nampak sangat saya gabra.

Cerita dan gambar lain, next time saja laa. I have NO time for blogging. Kena catch up balik kelas yang saya terpaksa ponteng. Daripada tulis entri, lebih baik saya siapkan assignment yang melambak-lambak minta dibelai tu. Huyoo... Sila percaya yang saya sudah menjadi sangat baik sebab sanggup membuat keputusan ini.

Cett... baik laa sangat! Mesti ada yang muntah lepas baca ni. Silalah muntah. Aiman tak kisah pun. Hahahaha... dah gila agaknya. Memang dah gila. Sebab? Saya tak tau nak buat yang mana satu dulu. Projek ENT pun saya belum mulakan apa-apa lagi. Arrggghhhh...

Kalau dah gila, lebih baik jangan tulis apa-apa lagi. Nanti orang yang baca pun akan ikut gila jugak. Gua tension sebenarnya beb! Sangat tension.

2 comments:

shida said...

sis, u kursus kat mana ni?

Rina said...

gua kursus kat kg gajah. lu tau kat mane?