Monday, April 12

Assignment & Sleeping Ugly Partner

Saya sangat serius ketika menyiapkan assignment. Tapi jika terlalu banyak assignment membuatkan saya rasa macam orang sewel.
.
Kehidupan sosial saya jadi terbatas.
Peluang untuk bertemu rakan di hujung minggu langsung tak ada. Kawan lama yang dah terputus hubungan selama 17 tahun dan telah kembali bertemu di facebook minta diadakan pertemuan tapi terpaksa saya tolak mentah-mentah. Ex-colleague sms ajak minum bersama juga terpaksa saya beralasan agar dia tak rasa tersinggung bila saya menolak. Saya juga terpaksa beralasan bila mak minta saya jadi supir ke bandar mencuci mata di kedai kain.
.
Masa tidur saya jadi tak teratur.
Kasihan mata saya. Jarang dapat menikmati tidur yang nyenyak. Masa tidur saya tidak menentu. Time orang asyik-masyuk dibuai mimpi indah, saya terpaksa mengadap komputer dan memerah otak. Masa terluang yang ada walaupun untuk 10 minit akan saya gunakan untuk tidur. Kalau orang lain mungkin anggaran 10 minit itu jangankan nak ulam mimpi, mata pun belum dapat lelap lagi. Tapi jika saya dapat melelapkan mata dan tidur selama 10 minit, alangkah nikmatnya.
.
Semua ini kerana assignment. Ya, semua hanya untuk assignment. Tentu saja saya inginkan yang terbaik untuk markah saya. Tidur assignment, makan assignment dan mandi pun masih ingat assignment.
.
Tak tau berapa gelen air mata saya bazirkan kerana assignment. Setiap kali menyungkil idea dan menaip assignment, menitik lah air mata. Dan setiap kali juraian air mata menitis, setiap kali itu lah saya rasa ingin berhenti belajar.
.
Saya sangat jealous dengan orang yang further study tapi masih punya waktu untuk keluar minum dengan kawan-kawan, punya masa untuk buat treatment rambut, pergi ke spa dan bershopping sakan. Assignment? Lantakkan pada group member yang lain. Sungguh pelik perangai orang yang begini. Markah engkau nak tapi kerjasama langsung tak ada. 'Sleeping beauty partner' kata orang putih. Banyak cantik lah engkau punya muka! Saya rasa istilah 'sleeping beauty partner' itu patut tukar kepada 'sleeping ugly'. Memang kena dengan perangai dia yang ugly itu.
.
Sungguh tidak adil pada group member yang lain. Saya sangat mengelak jika dapat group member yang macam ini. Sangat malang jika punya orang seperti ini. Saya rasa sangat simpati pada kawan saya bila perkara ini terkena batang hidung beliau. Saya sendiri tak tau bagaimana mahu menolong. Masing-masing punya assingment pun melambak-lambak kena siapkan. Memang sangat payah untuk menghulurkan bantuan sedangkan diri sendiri pun tak cukup waktu.
.
Sleeping ugly ini ada otak. Se'ugly' mana pun engkau, patut engkau boleh berfikir dengan wajar. Engkau punya waktu bersosial tapi engkau tak ada masa nak bekerjasama menyiapkan assignment? Daripada engkau habiskan duit buat treatment rambut, lebih baik engkau habiskan waktu buat assignment. Perangai engkau ini sangat ugly.
.
Kerja? Jika alasan kerja yang dijadikan punca, itu cuma alasan lapuk. Saya juga ada kerja di kantor dan masih sempat menolong mak di warong hingga 1 pagi. Mula membuka buku pada pukul 2 pagi dan membuat assignment sehingga 5 pagi. Tidur lebih kurang sejam dan bangun 6 pagi. Memecut kereta comel sebelum 8 pagi ke kantor. Saya korbankan lunch hour untuk tidur selama sejam. Balik dari kantor, ambil kesempatan yang ada untuk lelapkan mata sebelum maghrib dalam sejam dua sebelum menolong mak. Sila kira sendiri berapa jam masa tidur saya.
.
Saya sangat sibuk tapi saya sanggup bersengkang mata untuk buat homework dan assignment. Korbankan masa tidur dan sosial semata-mata kerana assignment. Tapi saya sangat tak paham dengan orang yang punya banyak waktu di kantor, menghabiskan waktu bersenang-lenang selepas office hour dan masih berpeluang minum bersama rakan tapi lepas tangan saja dalam group assignment.
.
Sangat sakit hati dengan orang macam ni. Kepada kawan saya yang terkena group member 'sleeping ugly' ni, saya minta maaf kerana tak mampu nak menolong. Saya sendiri pun masih banyak assignment tak siap. Saya doakan kawan saya ini tak akan dapat lagi 'sleeping ugly' pada sem depan. Allah itu maha adil.

3 comments:

Maria Hadiey said...

hope so..hihihi...ala biasa la tu...ignore kan je....kita settle diam2..hahaha..nak menangis? x de guna.. setiap daripada semua berkerja.. setakat si ugly yang berkerja + hidup bujang....x heran..sibuknya mengalahkan partner yang de anak + tgh memboyot... isyy...x perlu nak ungkit2 kesusahan yang dilalui..kan kan kan..hihihi..
si ugly...si ugly...

Dziauddin said...

Salam saudari,

Saudari perlu berterus terang tentang perkara ini. Tetapkan deadline utk penyelarasan (bukannya deadline submission). Terangkan risiko jika tidak siap pada tarikh penyelarasan seperti tidak akan memasukkan nama mereka dan bahagian mereka akan diambil alih oleh partner yang lain. Ini amat penting. Kolabarasi dalam assignment menguji sejauh mana kepimpinan seseorang untuk memimpin ahlinya mahupun rakannya. Memang pedih untuk melakukannya tetapi inilah masanya kita harus bertindak profesional!

Ahmad Nawawi Yaakob said...

itukan tugas sbg seorang pelajar.. u just do it..