Saturday, November 21

Wandiana Khairudin

Khas buat Wandiana.
.
Saya sedih bila dapat confirmation dari HEA yang permohonan Diana bertukar kampus diluluskan. Secara jujurnya, saya tak suka. Tapi saya kena terima juga yang family adalah yang paling utama. Diana terpaksa bertukar ke kampus Permatang Pauh untuk lebih dekat dengan suami dan anak-anak lagi pun memang payah dengan keadaan Diana yang dah sarat.



14 Julai 2007, SL120
"Uih... first class minah ni datang lambat? Berani betul!"
.
Detik hati saya masa pertama kali nampak Diana masuk kelas pertama kami.
.
"Nama awak siapa?" Saya mulakan perbualan sebab bosan telah menguasai diri. Saya tanya dia sebab dia duduk sebelah saya. Skema gila ayat tanya tu.
.
"Wandiana." Pendek aje dia jawab. Saya tanya lagi.
.
"Nak panggil nama apa?" Orang yang kepoh macam saya mana boleh mulut senyap sunyi. Mati kutu nanti.
.
"Apa-apa pun boleh"
.
"Kalau macam tu, panggil Diana boleh tak?"
.
"Boleh"
.
Ini ialah detik perbualan pertama saya dengan Diana. Saya kenal Diana pada 14 Julai 2007, di kelas pertama kami. Kelas 120 telah melakarkan banyak kenangan saya bersama Diana dan classmate yang lain.
.
Kami bersama selama lima semester dan banyak asam garam dan pahit maung yang dah kami telan dalam tempoh ini. (Patut laa bacaan darah tinggi gua naik. Banyak makan garam rupanya)
.
Saya sangat pasti yang saya akan MERINDUI dia.
.
Saya belum dapat membayangkan bagaimana keadaan saya pergi ke kelas tanpa dia.
.
Setiap minggu selama lima semester, saya dan kawan sekelas akan memerah otak yang beku untuk input-input baru dari lecturer. Otak tua macam saya sangat payah terima pelajaran. Jadi, kawan-kawan adalah sangat penting bagi membantu kemasukan input baru ke dalam otak.
.
Jumlah umat dalam kelas kami tak seramai mana, tapi kami sangat rapat. Sangat rapat. Dalam bahasa orang putih, very close gitu. Maksudnya, kami saling bantu-membantu. Tak timbul perasaan iri hati dan pentingkan diri sendiri mahupun perangai tikam belakang.
.
Walaupun jarak membataskan pergaulan kami, tapi setiap homework dan nota kami buat dan kongsi bersama. Apa ada pada jarak? Dunia sekarang menuju ke arah Globalisasi kan? Gunakan laa teknologi ciptaan terkini manusia. Ruang sembang maya jadi perantaraan kami, email menyalurkan hebahan nota kami dan handphone menghubungkan suara ke gegendang telinga kami.
.
Saya sangat serius bila saya katakan yang batch kami adalah batch yang very close with each other. Kami sama-sama bodoh, sama-sama belajar, sama-sama bantu-membantu, sama-sama gelak ketawa dan sama-sama berduka.
.
Kenapa saya rasa kehilangan bila dia pindah kampus?
.
- sebab dia orang pertama yang saya tegur dalam kelas
- sebab dia presentation's partner pertama saya
- sebab dia group member untuk assignment pertama saya
- sebab dia pandai buat ayat goreng
- sebab muka selamba dia selalu buat saya gelak golek-golek
.
Saya tak tahu macam mana nak create ayat dalam entri ini. Setiap kali jari saya mengetuk keyboard, air mata saya bergenang. Saya cuba menaip selaju mungkin, tapi kolam mata saya juga melimpah sederas jari saya yang sedang menaip.
.
Mungkin orang lain tak faham kenapa saya terlalu sedih dengan kepergian hanya seorang rakan sekelas ke kampus lain. Tapi dia tidak saya klasifikasikan hanya semata-mata seorang rakan sekelas. Dia lebih dari itu. Lebih dari itu.
.
Dia kawan sekutu saya tapi kami tak ada kutu.
Dia berani meluah pendapat tapi tak nak share pendapatan.
Dia boleh beri idea-idea bernas yang kekadang akan jadi idea beras.
Dia selalu menyokong saya tapi dia tak pernah dukung saya.
Dia sekepala dengan saya tapi badan kami lain-lain.
.
Kenangan dengan dia tak mungkin saya delete dari memory card dalam otak saya.
.
.
.
Semester Pertama

Gambar ini di rumah Maria, bersiap untuk exam pada sebelah petang. Tengok dinding Maria. Penuh dengan nota yang kami buat. Maklumlah otak tua payah nak ingat. So, kami beli kertas kajang dan tulis nota untuk tampal di dinding kemudian hafal bersama. Dah macam wallpaper pulak rupa nota tu. Masa ni sangat seronok.

.

.

Semester 2

Hari-hari berlalu di semester kedua buat kami lagi seronok belajar. Ketika sem 2 ni laa saya rasa sangat down bila separuh dari geng kelas berhenti dan cuti belajar. Saya dan Diana main paintball, memanah dan wall climbing. Cuti sem kami sertai Bengkel Penulisan di Muar bersama Daia. Saya dan Daia ke Uniten lawat Diana.

.

.

Semester 3

Sem 3, seronok sebab Maria masuk kelas balik tapi Ija pulak ambil cuti bersalin. Kami dapat geng dari part 1.

.

.

Saya dan Diana paksa Daia telan burger McD masa birthday Daia. Kan saya kata kami sekepala. Diana selalu sokong idea saya dan saya juga sebaliknya.

.

.

Kami beraya sakan. Diana makan apa saja kecuali timun. Ok, senang nak ajak dia makan kat mana-mana pun.

.

.

Diana dan Daia jadi presentation's partner saya lagi. Seronok laa dapat geng sendiri. Baru vogue. Sorang jadi doktor - Doktor Diana, sorang nurse dan sorang lagi terpaksa jadi pesakit. Daia kami paksa jadi pesakit sebab dia selalu sakit. Antibodi tak kuat langsung.

4 comments:

Maria Hadiey said...

hay...apa ni...lu buat gua sebak pagi2 ni...gua tahan je air mata ni dari gugur tau..gua malu kat kawan2 ofis takut kena ketawakan...gua tgh sebak ni...gua hutang otak2 kempas ngan diana...kesian dia...kempunan baby dia nnt....sedih siot.... mana kawan2 semua?huhuhu...dah tinggal berapa kerat jek....huhuhu....

Ahmad Nawawi Yaakob said...

fuyyuuhh,.. lentok abis..

kasih abadi kekal selamanya.. kan gitu rina...

Rina said...

maria,

kawan2 kita wpn tggl tak berapa kerat tp kita still contact each other & masih mcm dulu. bkn mcm stgh2 org yg ckp besau aje. btul tak? hahahaha...


ustaz,

lentok ke? hehehe...
sy sayang kawan2 sy.
syg yg betul2 syg.
bkn palsu tau.

halimunanisasi said...

heh..kak wan dalam kenangan..apapepun aku doakan kalian berjaya ye..