Monday, December 7

Wandiana Khairudin part 2

Saya mengambil masa yang lama untuk mengarang entri ini. Saya cuba sedaya-upaya agar entri ini tidak berbaur pilu. Tak nak laa entri yang buat leleh air mata. Ini bukan cerita melayu zaman tok kadok yang meratap dabaan pilu.
.
Ini cuma entri khas buat kawan saya.
.
sambung...
Semester 3


Pada sem ni kami berkumpul untuk berbuka bersama. Semua pun perasan seperti orang kaya-raya baru dapat untung besar. So, semua sepakat berbuka di hotel. Ketua Mafia adalah Diana sebab reservation atas nama dia. Kami sangat enjoy dapat berbuka bersama.

.
.

Diana datang kelas terakhir sem 3 dengan 2 anak daranya. Inilah antara sebab kenapa saya respect dia sangat-sangat. Bawa anak ke kelas kerana tak nak ponteng. Babysitter anak daranya balik kampung. Tak boleh jaga pada weekend terakhir semester 3. Jadi, angkut anak ke Segamat dan bawa masuk ke kelas adalah jalan penyelesaian terbaik daripada memonteng.

Siapa sanggup bawa anak ke kelas? Saya? Walaupun cuma ada anak mata dan belum punya anak sendiri, saya tak sanggup buat yang seperti Diana buat. Nasib baik laa mata ni melekat kat muka. Kalau boleh ditanggal-tanggalkan, dah lama cicir kat atas katil agaknya. Ye laa, liat bangun pagi kan! Datang kelas dan memimpin anak? No! Saya tak setabah itu!




Exam! Semester ke 3 ni kami sepakat berkampung di Ledang Inn sepanjang exam. Mula-mula seram jugak tapi akhirnya jadi seronok bila semua geng dikumpulkan dalam satu bilik besar. Bilik besar tu penuh dengan nota kami yang bertaburan. Sorang tidur terbongkang atas buku nota, sorang lagi menghafal dengan kuat, sorang lagi membaca dalam selimut dan sorang lagi menyalin semula nota geng yang lain. Esok pagi nak exam, tapi sempat lagi salin nota kawan. Pelik tak? Bila time nak baca? Itulah kami. Perangai semuanya tak ada yang betul. Agak sewel semuanya.



Cuti Semester 3

Cuti sem 3 ni tak kami sia-siakan. Kami adakan perlawanan bowling. Uniten vs UiTM. Bunyi macam gah sangat. Tapi tak ada gah mana pun. Diana dan Daia turun segamat dengan geng Uniten dia. So, kami main bowling secara bersuka-ria lagak macam orang tak punya masalah.

Ooo... saya sangat happy ada geng lawan bowling. Diana sangat terer main bowling. Tapi saya rasa dia silap berguru laa. Bola yang Diana baling bergolek ke belakang dan hampir membunuh kami yang sedang tekun menonton balingan maut dia. Saya tak tercedera cuma saya kasihan pada lantai lorong dan longkang yang menjadi mangsa kekejaman Diana. Hehehe...

.
.


Kami juga plan bercuti-cuti MALAYSIA masa cuti sem 3 ni. Gambar atas kanan dan kiri ini pernah keluar di rinahoney tapi tak saya nyatakan di mana lokasinya. Ada orang kata di New Zealand. Kahkahkah... Saya gelak golek-golek bila baca komen entri tersebut. Eksklusif sungguh tempat percutian kami. Tapi bagus jugak, merasa laa bercuti di oversea. KONONnya!
.
Kami cuma ke Genting Highland laa. Bersuka-ria melepaskan tension lepas exam. Idea siapa yek? Rasanya idea saya dan Diana. Tak kisah laa idea siapa pun yang penting kami sepakat ke Genting. Masa ni baru tahu Maria pregnant.
.
.

Tengok aksi Diana yang masuk air ni. Hehehe... Saya happy bila kawan saya happy.
.
.
.


Semester 4
Saya seronok bila semua geng perempuan dari batch kami berkumpul kembali. Ija kembali ke kelas lepas bersalinkan Sara. Diana, Daia dan saya still satu part. Cuma Maria dan Ija bertukar part sebab cuti 1 sem dulu.
.
Tapi kami masih BERSAMA hingga ke semester 4. Ya, kami masih BERSAMA meneruskan perjuangan yang belum selesai. Sila baca "kami masih BERSAMA" sehati dan sejiwa membina persahabatan.
.
.
Persahabatan kami bukan palsu.
Persahabatan kami bukan untuk hari minggu sahaja.
Persahabatan kami bukan untuk pinjam nota semata.
Persahabatan kami bukan untuk bertanyakan homework saja.
.
Dan
.
Yang penting kami bersahabat
.
BUKAN untuk kepentingan diri sendiri.
.
.
.
.
Cuti Semester 4

Saya dan Diana ditemani anak-anak daranya dan Penguins ke rumah Daia di Batu Pahat kerana Walimahnya. Eh... bukan. Walimah kakak kepada Daia. Cuti sem 4 ni kami tak merancang ke luar negara seperti sem 3 dulu. (Wah... luar negara, perasan betul!)

Kami cuma ke Umbai, Melaka menikmati ikan bakar yang sedap tak terperi kononnya. Sebenarnya kami ke Umbai atas desakan embryo Diana. Embryo yang nak makan ikan bakar. Ok. She pregnant and we are so happy to heard that.

No comments: