Monday, April 26

Saya Dah Bosan Menangis

Teruk saya kena. Paling teruk. Orang buli saya secara senyap. Paling senyap dan tak nampak. Saya fikir itu cara paling keji. Saya dah bosan menangis. Saya dah bosan jadi terlalu baik hati. Saya dah bosan kerana berlembut hati.

Azam saya untuk berubah menjadi orang yang lemah lembut gemalai sopan dan baik hati memakan diri saya. Orang pijak kepala saya. Orang buli saya habis-habisan. Orang gunakan tulang empat kerat saya sampai tulang pun jadi debu.

Setiap titis air mata saya ialah hasil dari buli dan sikap tak bertimbang rasa orang yang tak berhati perut.

Mungkin semua pun silap saya.

Memang silap saya.

Saya lebih bahagia masa saya menjadi perempuan brutal dan garang dulu. Tak ada orang berani nak buli saya. Jangan salahkan saya jika saya kembali menjadi saya yang dulu.

6 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Salam, kenapa Rina jd mcm ni, apa citernya ni? usah dihukum diri sendiri, kita buat keputusan berpandukan maklumat dan keadaan semasa yang berlaku. Itu keputusan yang kita ambil. Sekarang kalau ia tidak berapa tepat, perlu kita ubah suai dan perbetulkan.

Jadilah diri kita yang sebenar dengan redha dan tulus kepada Allah. Allah yang utama dan mutlak. Sabar dan semoga anda terus berjaya dan kekal waja dengan prinsip hidup sendiri.. Go go go Rina... dont be sad.

*DiaNaDiN* said...

nape ni rina?? masalah dengan sape?
relax..saya cuba col awak tp x dapat..miss u frend

Anonymous said...

Ya aku setuju sama mas ahmad,, semgt ya, . .tp kalau bisa jgn kbli kemasa lalu ya mbk?

fArhAnA said...

salam

lemah lembut bkn bermakna kita biarkn org pijak kpala kita. tapi lemah lembut adalah satu sifat yang tak boleh lari dari insan bernama wanita. teruskn hadapi dugaan dgn tabah dan jgn mengalah! :)

Anonymous said...

http://www.eco-gama.blogspot.com/ leave your comment !!!

Anonymous said...

Nice blog you got here... Just droppin' by to say hi! http://www.arts-and-entertainment.info