Sunday, July 18

Kerja Gila

Pernah buat kerja gila?

Pergi toilet secara berjemaah. Oleh kerana ada 2 aja toilet yang boleh guna, yang lain kena take turn laa. Kemudian sedang asyik buang bahan kumbahan, salah sorang kat tandas sebelah cakap secara kuat "Jom buat kerja gila! Kita gi Melaka lepas kelas nanti. Nak tak?"

Ingatkan ini cuma plan main-main sambil buang hajat. Tapi dorang serius nak pergi.

Gua? Orang tak ajak pun gua tawar diri gedik tak tentu arah nak pergi.

Oleh kerana gua masih demam, dorang tak nak bawak gua pergi sama. Tapi gua pedulik apa. Tetap nak pergi jugak.

Memang gila sebab bertolak pukul 2:30 petang, sampai Melaka 3:30 (1 jam aje. Laju gila pompuan tu drive) Sampai sana cari surau pun berpusing-pusing. Ini kes tergesa-gesa tak sempat nak Zohor kat kelas. Kemudian round cari barang dan melayan kepala gila mak-mak budak yang tak berapa empuk. Selepas 1 jam setengah kami pecut balik. Singgah Masjid Tangkak sebab tak sempat Asar kat Melaka. Dekat R&R pun tak berhenti. Hujan lebat tak nampak jalan.

Masing-masing balik drive macam kat litar lumba. Sampai rumah muka slamber kodok bagitau mak "tadi orang gi Melaka lepas kelas" dan sogok cheese cake untuk tutup salah sebab tak bagitau kat mak nak ke luar kota. Gua tak laa jahat sangat. At least bagitau walapun dah lepas balik.

3 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

makkk oiiiiiiiiii, sabar le sikit..

Unknown said...

waa sonoknya g jenjalan lpas klaz..

Rina said...

ustaz,
bukan sy yg drive. sy penumpang sopan.

diana,
tak plan pun. saje je ikut bdk2 ni bt keje giler.