Tuesday, August 10

Adik Gua Otak Mr Bean

Last Saturday, my little brother asked for the new school shoes. Dia kata kasut yang ada dah kecik. Kasut dah kecik? Bukan kaki yang makin besar ke?

So, abangnya pergi laa bawak Si Bongsu ke kedai kasut.

Lebih kurang 15 minit ke bandar, dorang balik rumah dan jengah rak kasut kemudian keluar semula.

Mereka pulang ke rumah lebih kurang 30 minit selepas tu dengan membawa 2 pasang kasut sekolah. Sepasang warna putih dan sepasang lagi warna hitam untuk sekolah agama.

Mak gua tanya adik perempuan gua, "Napa dorang balik pastu keluar lagi? Cari apa?"

Adik perempuan gua kata dorang tengok kasut sekolah lama.

Ah???



The true story is...

Sampai aje kat kedai kasut abang tanya Si Bongsu, "Pakai kasut saiz ape?"

"Kita tak ingat laa saiz ape. Kasut sekolah lama ada kat rumah."

Abang yang biul kata "Ok, jom balik rumah dulu. Tengok kasut lama saiz ape."

So...

Dorang pun balik ke rumah untuk tengok saiz kasut lama.

"Kasut lama kita saiz 4 laa"

Abang pun drive ke kedai kasut semula untuk pilih kasut sekolah paling macho untuk Si Bongsu.

"Tokey, kasi kasut ni saiz 4. Kasi adik saya try muat ke tak."

Si Bongsu pun dengan hati berbunga-bunga dok test pakai kasut paling macho yang abang pilihkan. Kalau kasut lama dah sempit, kenapa pulak ko nak mintak saiz kasut lama adik? Patut ko mintak laa saiz lebih besar kan? Betul tak? Dah tu buat apa ko balik rumah tengok saiz kasut lama padahal ko bawak kaki adik kat kedai tu.

Balik rumah adik tunjuk kat mak kasut sekolah baru tu. Konon-konon excited gila laa dapat kasut baru. Ya lah, budak-budak kan memang macam tu.

Mak malas nak layan. Mak kata
"Dua-dua pun otak tak betul. Bawak kaki sendiri pergi kedai kasut, apa hal pulak ko nak balik tengok saiz kasut lama. Ko acu jer laa kaki ko dengan kasut yang ko berkenan tu. Lepas tu mintak laa saiz yang ngam dengan kaki sendiri. Punya laa bingai boleh balik rumah semata-mata nak tengok saiz kasut lama."

Mak cerita kat gua kes ni malam tu.

Gua bantai gelak golek-golek. Tak tahan beb!

Ibarat macam gua pergi kedai kasut tapi lupa pakai saiz apa. So, gua balik rumah tengok rak kasut yang penuh dengan kasut gua. Belek kasut tu untuk pengecaman saiz. Pergi kedai kasut semula dan bagitau tokey kedai kasut tu saiz kaki gua. Then boleh pulak gua test pakai kasut tu nak tengok muat ke tak. Apa kes?!

Gua cerita dengan colleague hal ni. Colleague gua pun gasak gelak sampai keluar air mata.

Adik gua sengal! Bila gua tanya Si Abang kenapa dengan dia.

Dia kata dia pun tak tau kenapa dia sengal petang Sabtu hari tu. Dia kata dia banyak fikir. Konon laa tu. Alasan!

Gua marah adik bongsu gua,

"Tu laa, banyak sangat tengok citer Mr Bean. Otak pun senget macam Mr Bean. Tu haa... kartun 24 jam. Kepala ko pun dah macam kartun. Lain kali bawak pembaris gi kedai kasut. Bila tokey tu tanya saiz ape, ko ukur tapak kaki ko dengan pembaris je."

Sengal betul. Dalam hati gua mencuit-cuit mau gelak masa marahkan Si Bongsu. Yang Si Abang pun sama sengal.

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

nasib baik kakaknya tak sengal sama.. selmat berpuasa..

Rina said...

hehehe... kakak dia bagus skit.