Wednesday, August 25

Aktiviti Neuron Negatif

Otak gua blur. Sebijik assignment pun tak siap lagi.

Gua rasa neuron dalam otak tidak di stimulasi dengan baik menyebabkan aktiviti sel otak yang memproses informasi terhalang.

Cerebellum gua pun macam kurang berfungsi. Ia agak lembab untuk menghantar info melalui laluan saraf ke otot supaya bergerak ke trek spinoserebelar.

Gelombang otak dapat dipancar dengan baik semasa tidur. Dipercayai bahawa tidur penting bagi penyelarasan pengetahuan, kerana neuron mengatur stimulasi siang hari ketika nyenyak tidur dengan menembak secara rawak laluan neuron. Tambahan lagi, tanpa tidur subjek normal menunjukkan simptom menyerupai kecacatan mental.

Oooo... actually gua nak cakap yang gua ini kurang tidur sebab tu idea tarak mari.

Alasan...

Sebelum simptom kecacatan mental tu di kesan, baik gua tidur! (Dengan harapan, bangun tidur nanti idea mencurah-curah untuk asssignment)
Zzzz...

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Tidur satu terapi yg terbaik utk rehatkan badan.. tidurlah walaupun sebentar! Tp jgn lebih2.. tak guna..

Rina said...

hehehe... sy mmg kurg tdo. ni nk cover blk tdo2 tu.