Thursday, August 5

Line Max*s Ngok

Jikalau gua orang kaya ada business juta-juta dan cuma guna line max*s sebagai talian hidup gerenti gua dah saman max*s.

Kredit gua juta-juta tapi bila mau call beyonce handphone tak ada respond. Walaupun guna handphone cikai at least masih bernyawa. Gua check line. Skrin luar tulis 'No Access To Network'. Aiyak! Apa kes ni? Kredit gua juta-juta tapi tak ada access to network?

Gua sakit hati sebab dulu gua ada 3 line yang pelbagai. Di sebabkan gua setia pada yang satu. Gua terminated line 'Selekom' dan 'Dijee' sebab tak mampu nak maintain top up kredit juta-juta.

Sekarang gua menyesal kerana talakkan 'Selekom' dan 'Dijee' dulu. Gua rasa macam nak rujuk balik dengan salah satu line tu.

Ngok-ngek betul line max*s ni. Tadi 'No Access To Network' sekarang tertera 'Emergency Call Only'. Jika gua orang kaya ada business juta-juta gerenti gua saman max*s kerana menyebabkan gua sasau tak dapat call my beyonce. Tapi sebab gua ini cuma picisan aje, gua senyap-senyap aje laa.

2 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

kah kah kah.. tu la namanya 'giler talak' he he he..

Rina said...

wakaka... gila talak? sila salahkan max*s. sy tgh pk2 nk talak kan max*s ni. mgkin sy akan guna 'selekom' mcm ustaz.