Tuesday, November 2

Minggu-minggu Terakhir Bergelar CIK: Part 7

Jawatan Kosong

# Jawatan tetap untuk satu hari saja
# Kerja sangat mudah (diri terpacak macam Miss World)
# Gaji sangat lumayan (akan dibincangkan kemudian)
# Peralatan disediakan (kipas manual)
# 1 kekosongan saja
# Tarikh tutup permohonan: 1 Dec 2010

Syarat Kelayakan

1. Warganegara: Malaysia
2. Keutamaan diberikan pada bangsa Melayu
3. Bangsa lain boleh cuba nasib (tapi tak sure boleh dapat)
4. Status: Gadis @ anak dara (selain dari status ini disarankan jangan mencuba nasib)
5. Umur: patut-patut laa
6. Mempunyai gigi untuk ditayangkan semasa senyum
7. Of course laa kena pandai senyum

Syarat Lain

1. Kena ada baju cantik mengikut ukuran badan sendiri (tak boleh claim. Sendiri punya baju, sendiri bayar laa)
2. Kena solek sendiri (make-up not provided)
3. Jangan dressing lip-lap lip-lap lebih dari saya
4. Tak boleh lawa sangat. Nanti orang tak pandang saya

Keistimewaan jawatan ini

1. Semua orang akan pandang kamu
2. Dapat melatih tangan menggunakan kipas manual jika elektrik tak ada
3. Gambar kamu akan terpapar di setiap keping gambar saya sebab kamu akan sentiasa mengiringi saya. Tak ada bayaran saya kenakan terhadap kamu. Percuma ni.
4. Mungkin kamu akan dapat jodoh selepas ini (ikut nasib laa kan. Saya tak janji)
5. Mungkin ada produser filem akan ambil kamu jadi pelakon tambahan (watak pak pacak)

Jawatan: BRIDESMAID

Ada sesiapa nak jadi bridesmaid saya?

3 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

sy nak jd pak pacak je lah..

Unknown said...

nk sponsor ape erk?? emm penginapan 3hr 2 mlm klu honeymoon kat Penang..hihi bley ke??

Rina said...

ustaz,
sori laa. jawatan utk para gadis aje. hehehe...


diana,
pakej penginapan tu include breakfast, lunch, dinner & supper skli ke? hotel 5 bintang ke? tambang gi penang tu termasuk dlm pakej? hehehe... klu leh smua pun nk dlm pakej sponsor tu. hahaha...