Tuesday, January 12

Emergency Leave

Terpaksa ambil EL sebab nenek saya telah kembali ke rahmatullah. Jasadnya disemadikan sebelum Zohor tadi. Petak kuburnya bersebelahan dengan arwah anak saudara perempuannya. Saya tak rapat semasa hidupnya. Walaupun saya tak mesra dengan nenek, pemergian dia tetap terasa. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Ketika di tanah perkuburan, mendengar talkin dan doa buat saya rasa sendu. Saya terfikir bagaimana keadaan saya ketika mengadap Pencipta saya kelak. Cukup ke amal ibadat saya untuk bekalan di akhirat nanti?

Saya lihat mak saya menitiskan air mata ketika jasad nenek dibawa masuk ke dalam van jenazah. Dan sekali lagi saya lihat air mata mak berjuraian semasa dia menabur mawar dan menyirami tempat persemadian akhir nenek.

Semua kaum keluarga berkumpul dari yang muda hinggalah yang tua. Saya perhatikan satu-satu wajah mereka. Dulu mereka muda dan masih kuat. Hari ini kedutan dan keuzuran jelas terpancar di wajah setiap mereka. Begitulah lumrah manusia. Yang muda pasti akan tua, dan yang tua pasti akan pergi.

3 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

yang tua tak pergi2 puan ada... op sori..
takziah atas pemergiannya..

Unknown said...

Nenek yg duduk umh awak ari tu ke yg meninggal?? salam takziah

Rina said...

ustaz,
yg tua tak pergi2 lg tu mmg ada :)

diana,
yer... yg awak ada jumpa last sem tu.