Monday, January 11

Semester Baru & Kenangan Baru

Hari pertama, sem baru, tahun baru. Kenangan baru.

Pagi Sabtu saya memandu dengan perasaan yang sangat berbeza ke kelas. Bukan sebab saya bawak penumpang VVIP. Tak. Bukan itu. Penumpang saya sudah kurang sorang. Daia pulak buat spoil mood saya bila dia tiba-tiba tanya saya,

"Rasa beza bila Kak Diana tak ada kan?"

Saya tak komen panjang. Cuma iya kan aje.

Memang sangat beza. 5 sem kami bersama setiap hujung minggu. Selalu mengelak bila kena drive waktu pagi. Biasanya saya laa yang dilantik ke jawatan supir tetap. Sebab? Saya pakar memecut bila kami terlambat ke kelas. Ye laa tu.

Sekarang? Berdua aje dengan Daia naik kereta. Tak best! Tak syok! Tak ada geng nak buli Daia dalam kereta. Hahaha...

Saya rindu kawan saya. Saya rasa kehilangan. Partner in crime saya dah jauh di utara.

*Saya rindu suasana nak ke kelas sama-sama dengan dia.

*Saya rindu suasana nak tapau breakfast & lunch kat gerai pokok manggis atau gerai bus stop dengan dia sebelum ke kelas.

*Saya rindu nak dengar lawak bodoh dia.

*Saya rindu pada idea 'beras' dia.

*Saya rindu dia sangat-sangat.

Ada orang tanya saya, kenapa saya macam blur aje 2 hari ni. Saya pun tak tau kenapa. Perasaan yang sungguh pelik.

Saya pernah rasa perasaan ni masa sem 2 dulu. Ketika lebih dari separuh kelas batch saya quit & break sem. Saya rasa sangat down gila babas sampai keluar entri ini.

Tapi saya tak laa down sangat pada sem ni. Dia cuma bertukar kampus. Bukannya dia quit atau break sem. Kami masih meneruskan perjuang. Bezanya hanyalah tempat. Saya di selatan. Dia di utara.

Tapi

Saya tetap rindu dia.

_________________________________________________________

Dan saya sangat teruja pada hari Ahad. Hantar Daia ke stesyen bas (nama sebenar ialah Terminal Bas Segamat tapi saya ini orang kampung, sebut stesyen bas aje). Tiba-tiba saya rasa seperti saya berada di tempat lain. Kenapa stesyen bas dah berubah rupa? Sejak bila pulak dinaik taraf? Nampak sangat laa dah lama tak pergi stesyen bas.

Ada sikap jakun sekejap. Dan paling tak syok ialah saya tak jumpa pintu masuk ke 'Bazar Terminal' sebelah bawah stesyen bas tu. Saya pusing-pusing dengan muka pelik sebab kawasan bawah telah dikelilingi dinding kaca. Cantik.
Lepas ni tiap minggu akan tengok terminal bas tu.

5 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Itulah, Segamat pun tak sempat nak ronda lagi..

Maria Hadiey said...

walau busten tu dekat.x de nyer menarik minat rina ni.. dia cuma minat ke arah segamat baru je sekarang ni..walau jauh, hati senang..hahaha..

Rina said...

ustaz,
sy jln kaki round sgmt. tu yg tak abis ronda lg. hahahaha...

maria,
siut aje! jaga ko!
sabtu ni gua luku kepala lu.
gua cuma minat nk gi uitm je laa. tmpt lain gua tak minat. hahaha...

*DiaNaDiN* said...

waaa stesyen bas segamat dah advance..:)

same2lah kita tempuh segalanya

fauziana @ pojie said...

salam sis...mis u so much!
lame tak gosip2 ngn u nih...hehehhe?cm ne cik albar u?
pejam celik dah sem 5 ek.cepat tol ms berlalu...em...dah nak grad, tak lame je lg...
wish u all da best!