Tuesday, October 19

Minggu-minggu Terakhir Bergelar CIK: Part 3

Mak tanya "Bila nak pergi kursus?"

Gua jawab "Eerrr... nanti laa."

Mak tanya "Bila nak gi try baju?"

Gua "Eerrr... tunggu laa"

Mak tanya "Bila nak ambil borang?"

Gua kata "Eerrr... esok-esok laa"

Mak tanya "Dah gi cek darah ke?"

Gua buat muka paling tak bersalah "Eerrr... nanti laa"


Mak kata "Leka aje. Semua benda pun tangguh-tangguh. Dah nak terberak baru nak gali lubang. Nanti dah suntuk baru nak kelam-kabut. Siang-siang tak nak buat. Dah last minute baru laa sibuk-sibuk. Nanti tak cukup tangan nak buat bla... bla... bla..."

Gua buat muka letih dan angkat punggung "Eh, lupa laa. Ada assignment tak siap lagi."
Lebih baik angkat kaki cepat sebelum syarahan mak jadi panjang lebar.

Semua benda yang mak tanya ialah benda yang gua kena buat sendiri dan tak boleh nak sub-contract kat orang lain. Lain-lain benda gua sudah kasi sub pada orang lain sejak awal-awal lagi.

Siapa kata nak kahwin senang? Susah ooo... Banyak benda mau fikir, banyak benda mau buat. Kalau kahwin lari pun susah jugak. Hahaha...

4 comments:

*DiaNaDiN* said...

waa...selamat tinggal 'title' yang dulu...selamat menhadapi exam last semester..:) & selamat menempuh alam perkahwinan

Anonymous said...

Salam kak. Memang le buat satu satu. Tapi jgn le bagi mak cik susah hati, k. Apa apa pun gud luck 4 exam. -LILIE-

Rina said...
This comment has been removed by the author.
Rina said...

diana,
gua still pegang lg title 'cik' tu. gud luck for our exam ok.


lilie,
mmg ler bt satu2 tp gua takde masa beb. konon2 sibuk nak exam tp buku pun tak bukak lg. hehehe...